Halaman

Rabu, 10 Oktober 2012

kerana kamu milikNYA :)


‎.♥.

Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...

Karena kamu bukan hakku...

Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini....
sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..

Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam 
dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...

Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah...
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan. ..


✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀. •❤•.¸✿


Ya Allah,,
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...

Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..

Ya Allah..
leraikan lah dunia yang hinggap dalam hatiku,karena di situ aku tak mampu mengumpulkan dua cinta...

Hanya CintaMu 
ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki... 
Amin ..

“Barang siapa yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah,mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)..

^_^